Wednesday, March 17, 2010

Santau

Gambar Hiasan : Upacara Mengubati Santau


Santau ialah sejenis ilmu hitam yang digunakan untuk meracun musuh oleh pengamal ilmu hitam (bomoh). Santau dilakukan dengan 2 cara iaitu cara fizikal dan cara santau angin. Santau secara fizikal biasanya meracun seseorang melalui makanan atau minuman. Santau angin lebih mistik iaitu dengan bacaan jampi tertentu dan dihembuskan ke arah musuh.

Bahan2 untuk membuat santau ini diambil daripada miang buluh, kaca, duri, kayu daripada keranda mayat, tulang2 haiwan, kuku manusia dan mayat.

Musuh yang termakan racun santau selalunya akan muntah darah, pitam, pengsan dan akhirnya meninggal dunia. Inilah bahayanya santau kerana mangsa kebiasaannya tidak menyedari akan petanda yang ada di sekeliling mereka. Otang yang menggunakan khidmat bomoh untuk menyantau orang yang dibenci kebiasaannya bertujuan untuk membalas dendam dan mempunyai sikap iri hati.

Terdapat pelbagai jenis santau, namun santau yang paling digemari oleh kebanyakan bomoh ialah :

  1. Santau kaca - diletakkan di dalam makanan/minuman mangsa.
  2. Santau lintah - lintah dijampi dan ditujukan kepada mangsa. Mangsa akan muntah darah dan sakit perut yang teramat sangat. Kebiasaannya susuk badan akan menurun kerana lintah menghisap darah di dalam perut.
  3. Santau angin - santau yang dijampi, ditiup pada mangsa.

Gambar Hiasan : dipetik daripada filem 'Santau'

HUKUM SANTAU ADALAH HARAM DI DALAM ISLAM

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...