Tuesday, March 23, 2010

Jerangkung Hidup

ANOREKSIA NERVOSA


Gejala Fizikal
Badan yang sngat kurus, bilangan darah abnormal, tidak bermaya, sentiasa pening/pitam, kuku rapuh, rambut sedikit/pecah/bercabang/gugur, bulu roma yang halus pada seluruh badan, tidak datang haid, sembelit, kulit kering, tidak tahan sejuk, rentak jantung tidak tetap, tekanan darah rendah, dehidrasi/tubuh kurang air, osteoporosis

Gejala Emosi
Tidak mahu makan, menafikan rasa lapar, bersenam keterluan, tidak beremosi, sukar menumpukan perhatian, terlalu leka dengan makanan

Gejala yang memerlukan rawatan

  • terus mengurangkan amaun makanan walaupun sngat kurus, tinggal kulit dan tulang shaja

  • walaupun telah mencapai berat badan yang diidamkan, tetapi masih berusaha untuk menurunkan lagi

  • sentiasa tidak puas hati dengan penampilan diri walaupun berjaya menguruskan berat badannya

  • lebih suka mengurangkan berat badan secara bersendirian berbading dalam satu kumpulan

  • hilang kitaran haid

  • mengambil makanan dengan jumlah yang amat sedikit

  • bersenam secara melampau

  • kemurungan dalam masa yang panjang

  • sengaja mengeluarkan makanan menggunakan jari menerusi mulut supaya memuntahkan semua makanan yang telah dimakan
Kesimpulan
Sindrom yang membuatkan seseorang terlalu taksub untuk mengurangkan berat badan sedangkan dirinya sudah kurus










P/S : Ingat!! Anoreksia Nervosa boleh meragut nyawa sekiranya dibiarkan berlarutan. Pecegahan adalah baik daripada rawatan, sebelum berlakunya sebarang tragedi yang memilukan.

Just An Insect

Jgn main2..kita nmpk semut la, serangga la, bleh pijak2 cam tu ja..Tadi NSA tengah cari ttg commit suicide..Tetiba terjumpa pasal serangga nie..serius geli n takut!! Minta simpang la, dijauhi kena mcm nie..huhu~~nangis 24 jam kot kalau kena..Terkena penangan serangga yang sebesar ubat stapeler tue dh bleh bg effect yang gila2..mak aih...neway, ini smua sekadar peringatan kepada NSA sndiri dan smua readers untuk sentiasa berjaga2..


Leman oh Leman..

Leman sedang di dalam perjalanan menaiki keretapi, duduk bersebelahan dengan seorang pakcik. Leman bertanya kepada pakcik,

Leman : Pakcik, sekrang pukul berapa?
Pakcik diam ja, tak jawab..Leman tnya sekali lagi..
Leman : Pakcik, owh pakcik, sekarang pukul berapa?
Pakcik buat donno ja, Leman still tak putus asa..
Leman : Pakcik sekarang pukul berapa?
Pakcik tue buat bisu, Leman dah angin skit, tnya skali lagi dengan nada tinggi
Leman : Pakcik, pukul berapa sekarang nie??!
Pakcik pun usha Leman dengan tajam, dan menjawab
Pakcik : Aku xnak jawab soalan ko tu! Pasal kalau aku jawab, kita akan berkenalan. Pastu kita borak2 dan jadi akrab. Kat stesyen keretapi tu, isteri aku tngah tunggu. Nanti terpaksa plak aku kenalkan kt isteri aku yg peramah sesangat tue. Comfirm la isteri aku ajak ko pegi rumah. Kat rumah plak, anak dara aku smua cun2 macam Nasha Aziz! Bila ko dtg rumah, ko mesti nk berkenalan ngan anak2 aku. Pastu bercinta. Bila dah bercinta, nk kawen plak! Masalahnya skarang, aku xnak terima menantu yang JAM TANGAN PON TAK MAMPU NK BELI!!

Thursday, March 18, 2010

Miss Tiffany Universe

Apabila diMelayukan anugerah nie, sama ja dengan maksud Ratu Pondan Dunia. Anugerah Miss Tiffany adalah anugerah yang diberikan setiap tahun dan pengendali utama untuk anugerah ini adalah Thailand. Untuk tahun 2010, anugerah ni akan dijalankan pada bulan Mei. Sapa2 nak menyertai tue, beli la tiket..NSA xjual la..:P..Lagipon diorg ni tak kisah la kan..agama rasmi Thailand bukan Islam. So, anugerah ni bukanlah anugerah yang salah di sisi undang2 negara Thailand. NSA tngok juara2 Miss Tiffany nie...mak ai..serius xpcaya yang diorg ni adalah LELAKI pada asalnya. Apa pon, lets take a look...Miss Tiffany 2009!!!









P/S : UNTUK TIDAK MENGELIRUKAN BEBERAPA PEMBACA, SEMUA GAMBAR2 NIE, ADALAH DARI SUKU KAUM PONDAN.. =)

Auuuwww....

Auww...bukan sakit..auww kali ni, NSA nk cerita pasal Pondan. Panasssss. Pondan juga dikenali sebagai bapuk, nyah, darai, sotong n many more..depends la korang nk panggil apa kan. Pondan yang pada asalnya ialah lelaki, selalunya akan mengatakan bahawa mereka terperangkap dengan jiwa perempuan atau wanita dilahirkan transeksual sehingga menyebabkan mereka berjiwa keperempuanan. NSA cerita ni bukan sebab apa, sejak dua menjak nie..asyik lepak dengan kawan NSA, Ana (bukan nama sebenar) yang kategori bapok la. Bila dh lepak ngan dia, mula la dia ajak geng2 bapok yang lain join skali...tapi kan...diorang ni smua..serius best!!sebagai perempuan, NSA pon malu kadang2 sbb diorg tahu pasal perempuan lebih banyak daripada perempuan tulen mcm NSA ni...mmg la ada pondan yang tersangatlaaaah gedik. Tapi kan, ada juga yang tak boleh melawan kehendak hormon perempuan dalam badan. Tue pasai la jadi sotong. Tak semua pondan gedik n jahat..kawan2 pondan NSA semua baik2..cantik2 plak tueh...nk berkenalan pon bleh..inform NSA, nnt NSA tolong adjust k...ok..

Apa pon, tak bermakna NSA memuja semua pondan2 nie...depends to everyone la nk anggap apa pon. NSA tau hukum lelaki menyerupai wanita atau sebaliknya adalah haram.

Rasulullah s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud :
  1. Daripada Ibn Anas r.a. berkata "Rasulullah melaknat mereka yang menyerupai wanita daripada kalangan lelaki dan mereka yang menyerupai lelaki daripada kalangan wanita.."
  2. Daripada Abi Hurairah r.a. berkata "Rasulullah melaknat orang lelaki yang memakai pakaian perempuan dan perempuan yang memakai pakaian lelaki.."

Apa pon, terserahlah kepada setiap individu...kubur asing2 kan..Next post NSA akan appreciate kt pondan2 yg gempakkk...dalam wall post MISS TIFFANY!! Apa tu Miss Tiffany..tunggu tou.. :P

Giant Baby

Jantina : Lelaki
Warganegara : Iran
Berat : 20kg














Credit : Harned Jafarnejad and Fars News Agency

Varietiess~

Based on post title, mmhh...mknanya..betapa banyaknya ciptaan Tuhan yang pelik2 kan..mcm2 jenis..kali ni..ada satu lagi creature yang pelik..sudah menjadi kebiasaan, pegangan manusia daripada beberapa suku kaum yang akan memuja kurniaan Tuhan yang berbeza dari yang lain. Gambar ini diambil apabila muncul makhluk seakan2 alien yang berwarna hitam dan dijumpai di Thailand.






Wednesday, March 17, 2010

Amazing Body Builder

Jangan terkejut tau..body builder amazing kali nie..adalah daripada kaum wanita..waarrhhh...jangan ingat wanita tak setanding lelaki.. :P






Santau

Gambar Hiasan : Upacara Mengubati Santau


Santau ialah sejenis ilmu hitam yang digunakan untuk meracun musuh oleh pengamal ilmu hitam (bomoh). Santau dilakukan dengan 2 cara iaitu cara fizikal dan cara santau angin. Santau secara fizikal biasanya meracun seseorang melalui makanan atau minuman. Santau angin lebih mistik iaitu dengan bacaan jampi tertentu dan dihembuskan ke arah musuh.

Bahan2 untuk membuat santau ini diambil daripada miang buluh, kaca, duri, kayu daripada keranda mayat, tulang2 haiwan, kuku manusia dan mayat.

Musuh yang termakan racun santau selalunya akan muntah darah, pitam, pengsan dan akhirnya meninggal dunia. Inilah bahayanya santau kerana mangsa kebiasaannya tidak menyedari akan petanda yang ada di sekeliling mereka. Otang yang menggunakan khidmat bomoh untuk menyantau orang yang dibenci kebiasaannya bertujuan untuk membalas dendam dan mempunyai sikap iri hati.

Terdapat pelbagai jenis santau, namun santau yang paling digemari oleh kebanyakan bomoh ialah :

  1. Santau kaca - diletakkan di dalam makanan/minuman mangsa.
  2. Santau lintah - lintah dijampi dan ditujukan kepada mangsa. Mangsa akan muntah darah dan sakit perut yang teramat sangat. Kebiasaannya susuk badan akan menurun kerana lintah menghisap darah di dalam perut.
  3. Santau angin - santau yang dijampi, ditiup pada mangsa.

Gambar Hiasan : dipetik daripada filem 'Santau'

HUKUM SANTAU ADALAH HARAM DI DALAM ISLAM

Tuesday, March 9, 2010

Amazing T.R.E.E.

Subahanallah. Betapa hebatnya ciptaan Allah s.w.t. sehingga manusia sendiri tidak pernah terfikir sehingga sedemikian..
















Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...