Wednesday, March 3, 2010

Di sebalik Surah Yassin

Rasulullah s.a.w. telah bersabda yang bermaksud :
"Bacalah surah Yassin kerana ianya mengandungi keberkatan"

Keberkatan yang dimaksudkan adalah seperti :

  1. Apabila org lapar membaca, akan menjadi kenyang,
  2. Jika tiada pakaian, akan mendapat pakaian,
  3. Jika belum berkahwin, akan menemui jodoh,
  4. Jika ketakutan, perasaan takut akan hilang,
  5. Musafir yang membaca akan mendapat kesenangan,
  6. Jika dibacakan untuk si mati, siksaannya dapat dikurangkan,
  7. Jika dahaga, akan hilang rasa hausnya,
  8. Jika dibaca kepada pesakit, akan kurang rasa sakitnya,
  9. Malaikat maut tidak mahu memaksa untuk mencabut nyawa orang yang suka membaca Yassin sehingga datang malaikat Redhuan dari syurga yang membawa minuman untuknya. Ketika dia meminumnya, alangkah nikmat perasaannya dan dimasukkan ke dalam kubur dengan rasa bahagia dan tidak merasa sakit ketika nyawanya diambil.

Rasulullah s.a.w. juga turut bersabda :

"Sesungguhnya setiap sesuatu mempunyai hati dan hati Al-Quran adalah Yassin. Sesiapa membaca Yassin, nescaya Allah menuliskan pahalanya seperti membaca Al-Quran sebanyak 10x"

WALAHHUALLAM

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...