Wednesday, April 28, 2010

Penyakit Rindu Seorang Jejaka

Semburan merah mentari di langit senja
harmoni dengan rona di pipimu
menambah erti kecantikan wanita

Selalu ku zikirkan namamu
agar aku dapat membiaskan cahaya wajahmu
di jiwa yang mulai menyambut malam
hanyalah cahayamu
yang dapat menunjukkan terang

Aku kini mulai merasakan penyakit rindu
pada bibirmu yang merah kesumba
pada manisnya paras wajah ayumu
pada kerudung yang menjaga kesucianmu

Takkan pernah aku berusaha
untuk menyembuhkan sakitku merindumu

Tuesday, April 27, 2010

Cinta itu PERCAYA

Faktor 1 - Konsisten
Kamu mempercayai apa yang dilihat dan didengar tanpa syak wasangka. Bagi kamu apa yang dibicarakan tidak perlu disangsi kerana ianya ada kebenaran serta boleh mendatangkan kebaikan dalam perhubungan kamu.

Faktor 2 - Boleh dikawal
Perkara-perkara yang bagi kamu adalah konsisten membuatkan kamu boleh menganggap adakah si dia boleh dikawal ataupun tidak. Contohnya, si dia akan datang tepat pada waktu yang dijanjikan dan boleh menerima pendapat kamu. Maknanya kamu boleh mengawal dirinya dari melakukan perkara yang tidak kamu sukai. Bukanlah bermakna kamu boleh mengongkongnya tetapi jika si dia menuruti kehendak kamu ini bermakna si dia mempercayai kamu dan tidak ragu-ragu dengan cara kamu.

Faktor 3 - Komitmen
Komitmen bukanlah sekadar menepati janji, tapi juga menghargai perjanjian yang telah dipersetujui bersama. Jika kamu ataupun si dia berani berkomitmen dan bersungguh-sungguh dalam perhubungan , tentu saja perhubungan kamu ceria dan aman. Sikap saling mempercayai yang wujud dalam diri masing-masing akan mewarnai lagi perhubungan kamu itu. Malah ianya akan membuatkan si dia lebih yakin dengan kejujuran kamu terhadapnya. Jadi tiada alasan untuk si dia berlaku curang terhadap kamu.

Faktor 4 - Terima seada-adanya
Kunci keintiman dalam suatu perhubungan adalah menerima seadanya baik buruk pasangan kamu. Bila hati sudah suka dan sayang, tentu saja kamu sanggup menerimanya walaupun menyedari tentunya ada perkara-perkara negatif tentangnya. Namun begitu, tentunya kamu dan si dia berusaha untuk berubah jika terdapat sikap-sikap yang tidak disenangi hingga boleh menjejaskan perhubungan. Usaha kamu dan si dia ini menampakkan kesungguhan yang amat ketara demi menjamin perhubungan.

Faktor 5 - Perlu dimengertikan
Sebahagian besar individu menginginkan pasangan yang tidak hanya mendengar pendapat sebelah pihak. Malah harus bijak mengutarakan pendapat sendiri. Kamu juga tentunya berharap agar si dia mengerti tentang pandangan kamu terhadap pelbagai perkara. Jika tidak, mungkin perhubungan hanya mendatar saja. Bukan itu saja, kemarahan juga boleh timbul ekoran perasaan yang tidak dimengertikan dan menganggap diri kamu tidak dihargainya.

Faktor 6 - Diyakini
Bila rasa yakin, kamu boleh memberi pandangan bersama si dia. Baik dalam hal-hal remeh temeh hinggakan ke perkara yang serius. Kamu akan merasa si dia bukan saja mendengar malah akan menyimpan rahsia kamu. Apa yang penting kamu juga harus mengetahui dan berkeyakinan adakah si dia memang boleh menyimpan rahsia ataupun tidak!

Faktor 7 - Elakkan dendam
Cinta sejati akan diwarnai oleh pengertian dan rasa untuk dimaafkan. Kerana dendam boleh menjadi punca kehancuran sesebuah perhubungan. Walaupun pernah dilukai, namun perasaan dendam ataupun membalas balik mungkin tidak akan terlintas dalam fikiran. Bagi diri kamu, mungkin berdendam bukanlah jalan penyelesaian yang terbaik malah ianya akan memburukkan lagi keadaan. Lebih baik menceritakan segalanya daripada disimpan di dalam hati. Oleh sebab itulah kemaafan adalah perkara yang terbaik untuk menjernihkan suasana.

Faktor 8 - Berfikiran terbuka
Banyak pasangan merasakan tidak perlu untuk mengungkapkan secara lisan apa yang ada dibenaknya. Walaupun hakikatnya perkara itu sangat penting dan perlu disampaikan secepat mungkin bagi menggelakkan perkara yang tidak diingini akan berlaku. Oleh sebab itulah, jalan yang terbaik ialah setiap individu harus berfikiran terbuka. Bukannya harus menerima pendapatnya tanpa perlu berfikri panjang sebaliknya kita harus mendengarnya dahulu dan barulah membuat keputusan. Tak semestinya apa yang dikatakan tidak elok begitu juga sebaliknya.

Faktor 9 - Jauh di mata dekat di hati
Saat terpisah dek jarak yang jauh sebenarnya banyak mengajar kita erti rindu yang sebenar. Walaupun tempohnya agak lama, haruslah mempercayai jarak dan waktu tersebut tidak akan memisahkan diri kamu dan si dia. Perasaan ini harus wujud walaupun tidak selalu dapat bersua namun perasaan saling merindu dan menyayangi akan menguatkan lagi perhubungan kamu itu. Apapun teguhkan hati dan pendirian kamu bahawa hanya cinta si dia sahaja yang bertakhta di hati.

Faktor 10 - Hormat-menghormati
Saling hormat-menghormati adalah dasar perhubungan yang positif. Kamu harus menghormati si dia dan begitu juga sebaliknya. Tapi jangan kerana terlalu menghormatinya hinggakan kamu berasa amat segan dengannya. Ini akan mendorong rasa malu dan segan untuk meluahkan apa yang kamu pendamkan dan membuatkan hubungan kamu sukar untuk berkembang. Oleh sebab itulah kamu perlu membatasi rasa hormat dan segan terhadap si dia.

Faktor 11 - Perancangan bersama
Manusia hanya mampu merancang tapi Tuhan yang menentukan segalanya. Tapi ada bagusnya kalau kamu dan si dia merancang sesuatu untuk menjamin kebahagian. Tentunya kamu sendiri inginkan yang terbaik demi masa depan bersama. Bukan mudah untuk mencipta kebahagiaan dan mengecapi kegemilangan dalam perhubungan. Pastinya semua mengimpikan sesuatu yang indah dalam perhubungan. Begitu juga kamu bukan


Pemanasan Global

Owh panasnya..Nasib baik hari ni cuaca mendung n tak panas sangat..Tapi setiap hari manusia akan cakap panas..tapi mana bukti yang dunia semakin panas..ok kalau tak percaya just check this out..


Don't ever say a word.. :)

Weirdo


When i found this picture, I don't know what to describe..So just describe it yourself..
Thank you..

Fakta Cinta


Kejayaan sesuatu percintaan hingga ke jinjang pelamin adalah faktor kekuatan mental dan bukannya fizikal.

Awak tidak perlu bazirkan emosi awak kepada seseorang lelaki sehingga awak tahu dialah lelaki ideal bakal suami awak.

Di dalam dunia sekarang lebih ramai wanita yang tidak berkahwin berbanding lelaki!

Untuk berjaya di dalam percintaan, wanita perlu mengetahui kekuatan dirinya dan menggunakannya untuk memikat lelaki.

Lelaki ideal awak adalah satu dalam seratus ataupun mungkin satu dalam seribu! Jadi, awak perlu bertemu dengan banyak lelaki sehingga awak benar-benar menjumpai lelaki idaman awak.

Saiz badan dan fesyen pakaian awak tidak menarik perhatian lelaki tetapi sebaliknya bagaimana awak mengetengahkan penampilan diri dan pakaian awak. Itulah yang menarik perhatian lelaki.

Jangan bercinta dengan lelaki kerana awak rasa bersimpati dengannya!!!

Minda awak adalah aset yang terbaik.

Hardest Language

  1. Polish - West Slavic, bahasa rasmi Poland
  2. Finnish - bahasa rasmi Finland
  3. Hungarian - bahasa Finnor-Ugric yang diguna pakai di Hungary dan bahasa ini menyamai bahasa Finnish dan Estonian
  4. Estonian - bahasa rasmi di Estonia
  5. Ukrainian
  6. Russian
  7. Serbian
  8. Chinese - bahasa Sinitic
  9. Japanese
  10. French
  11. English
P/S : Carta ini disusun bermula dengan bahasa yang paling sukar

Mr. Bean

Hati dan Perasaan


Mungkin Tuhan sengaja mahu kita berjumpa dengan orang yang salah sebelum menemui insan yang betul supaya apabila kita akhirnya menemui insan yang betul, kita akan tahu bagaimana untuk bersyukur dengan nikmat pemberian dan hikmah di sebalik pemberian tersebut. Apabila salah satu pintu kebahagiaan tertutup, yang lain akan terbuka tapi lazimnya kita akan memandang pintu yang telah tertutup itu terlalu lama hinggakan kita tidak nampak pintu yang telahpun dibukakan untuk kita.

Jangan harap dengan mencari cinta untuk dibalas dengan cinta semata-mata. Jangan pandang kepada kecantikan kerana boleh jadi ianya palsu. Jangan kejar kemewahan kerana ianya akan susut. Carilah seseorang yang membuatkan anda tersenyum kerana ia cuma memerlukan sekuntum senyuman untuk mencerahkan hari yang suram. Carilah yang membuatkan hati anda tersenyum. Akan tiba satu ketika di dalam kehidupan apabila anda teramatkan rindukan seseorang sehingga anda ingin menggapainya dari mimpi anda dan memeluknya dengan sebenar. 

Semoga anda memiliki kebahagiaan yang cukup untuk membuatkan diri anda menarik, percubaan yang cukup untuk membuatkan anda kuat, kesedihan yang cukup untuk memastikan anda adalah seorang insan dan harapan yang cukup untuk membuatkan anda bahagia. Selalu bayangkan diri anda di dalam kasut seseorang. Jika anda rasa ianya menyakitkan anda, fikirlah ia mungkin menyakitkan orang lain juga.

Kebahagiaan seseorang manusia tidak semestinya dalam memiliki segala yang terbaik. Mereka hanya membuat yang terbaik dalam hampir apa saja yang datang di dalam perjalanan hidup mereka. Kebahagiaan terletak kepada mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang telah mencari dan mereka yang telah mencuba. Hanya mereka yang boleh menghargai kepentingan manusia yang telah menyentuh hidup mereka. Cinta bermula dengan senyuman, mekar dengan ciuman dan berakhir dengan tangisan.

Masa depan yang cerah sentiasa berteraskan kehidupan yang lalu yang telah dilupakan. Anda tidak boleh meneruskan kehidupan dengan sempurna sehingga anda melupakan kegagalan dan kekecewaan masa silam.

Monday, April 26, 2010

Facebook

Entry kali ni..KEBURUKAN FACEBOOK...
sori k..bukan bermakna Facebook nie negatif 100%..
ada positif gk..cuma kali nie NSA rasa nk buat kelemahan fb nie..
mayb, next time NSA buat entry kelebihan fb plak k..
so..pada sapa yg hantu fb nie..jgn la marah2 plak k..
ENJOY~~

FB menyebabkan anak2 terabai

FB meyebabkan kita tidak mahu meninggalkan komputer 

FB menyebabkan kita tidak memperhatikan keadaan di sekeliling

FB menyebabkan kita lupa makan sehingga menjadi kurus kering

FB mengalpakan kita dengan online sambil makan sehingga menyebabkan gemuk

FB tidak mengenal usia

Pendek kata, apa yang kita buat FB tetap on..(kehidupan harian yang wajib berjalan, FB pon jalan)

Sunday, April 25, 2010

Kedudukan Jerawat dan Info

DAHI
Haba badan melampau, peredaran darah tidak baik. Minda dan badan, mungkin terlampau letih.Stress. Kumpulan ini biasanya panas baran Nasihat : Pupuk tabiat tidur awal, bangun awal. Dapatkan tidur yg cukup
dan minum air banyak

HIDUNG
Jerawat di batang hidung bermaksud tulang belakang kita mungkin bermasalah. Di hujung hidung mungkin kerana haba perut melampau dan sisitem penghadaman tidak norma.l Di salah satu hujung hidung pula boleh dikaitkan dgn ovari atau sistem reproduksi

DAGU
Fungsi buah pinggang terjejas atau sistem endokrin (rembesan dalaman) lemah. Kaum wanita mudah mendapat jerawat di sekitar dagu mungkin berpunca drpd haid yg tidak teratur dan sistem peranakan yang
bermasalah.

PIPI KIRI
Fungsi hati mungkin kurang lancar termasuk dilanda masalah rembesan, menyahtoksin dan penghasilan darah.

PIPI KANAN
Fungsi paru-paru mungkin tidak normal

PADA BADAN (BELAKANG & DEPAN)
Sistem perkumuhan yang bermasalah, sembelit. Amalkan pemakanan yang sihat dan mengikuti piramid pemakanan bagi mempastikan toksin tersingkir dengan lebih baik.

P/S : Sorry sbb xda image langsung, NSA dah search but tak sanggup nk tngok la..mostly gmbr yg kena acne truk sngat..

Saturday, April 24, 2010

Manipulation Illusion


Ok..look at this picture...what can u guys describe about????
Based on the 1st picture crop..Negara si mangsa akan ckp,
"KEJAMNYA..BUNUH ASKAR NEGARA AKU.."
On the 2nd picture..for sure la people takkan publish kan..
Melainkan terkantoi mcm mna NSA post nie..
Based on the 3rd picture crop..
Rakyat negara si askar yg bg minum tue akan cakap..
"NEGARA LAIN CKP KITA JAHAT..PADAHAL BAIK JA..KEJAM2 PON BG MINUM AIR JUGAK"

So, terjadilah kekecohan, pergaduhan, persengketaan dan juga peperangan kebaboomm between 2 countries kan..This is what we called Media Manipulation Optical Illusion..mmhh..and NSA just berseru untuk hentikan peperangan..tak sanggup tengok dah..huhuhuu..if anyone yg nk jadi sukarelawan and on the same time nk tngok situation perang kat negara2 lain, just register dgn AMAN MALAYSIA (maybe one day i will)..serius best ok..NSA penah research untuk join..but parents tak bagi plak..lastly, PEACE NO WAR.. :)

P/S : Sorry ok..post entry kali nie, NSA rasa macam bahasa rojak sngat..hukhukk..

Friday, April 23, 2010

Curang

Juliana : "Abang Mie... Jom la datang rumah... saya rindu la.. lagipun suami saya pergi oversea tadi.."
Helmi : "baiklah malam esok abang pergi tau... nanti pandai la abang tipu isteri abang tu.."
Juliana : "Oh ya.. sebelum datang esok.. abang cukur misai kasi licin dulu ye.. abang tahu kan...saya suka lelaki yg baby-face."
Helmi : "Alamak...yang ni susah sikit..isteri abang suka abang simpan misai ni nanti dia marah plak"
Juliana : "Alaaa... abang ni nak jumpa saya ke tak nie?"
Helmi : "oklah.. oklah..Ana punya pasal..apa saja abang sanggup"

Keesokan paginya, semasa Helmi hendak keluar untuk ke pejabat dia telah memesan kepada isterinya yang dia pulang lewat malam ini kerana ada mesyuarat penting...dan di pejabatnya.. Helmi telah mencukur misainya sampai licin..

Jam 4 pagi ketika Helmi balik ke rumahnya... isterinya sudah tidur...Dengan perlahan Helmi salin baju dan naik ke tempat tidur...tiba-tiba isterinya tersedar lalu meraba-raba wajah Helmi yang licin itu dalam kegelapan...dan berkata, "Kenapa kau tak balik lagi Jalil... kejap lagi suami akak balik ...!!"

It is not a MISTAKE

Tiga Puluh Satu

Hari tue cerita nenek ada tanduk..hari nie cerita ttg adik nie plak..ada 31 jari wa ckp lu~~Lagi nak kiamat, mcm2 Allah s.w.t tunjuk kekuasaan Dia kan..mana nk tou, ntah2 lpas nie ada plak manusia berkepala 3..huhu..scary..mcm pirates of d carribean la plak..mmhh
Apa pon, this entry NSA nk publish ttg seorang kanak2 nie, umur baru 6 tahun..tapi jari kt tangan sebelah ada 7 sebalah lagi ada 8..jari kaki kiri n kanan plak ada 8...astaghfirullahalzim...
apa pon, adik nie dah bersedia dh nk buat operation...mudah mudahan selamat ok..aminnnn...

The photo was taken on 22nd March 2010, at Shengjing Hospital, Shenyang, capital of northeast China’s Liaoning province. Lets take a look...





Apa itu Bodoh?

Memang la setiap manusia tou maksud bodoh kan..NSA pon malas nak research details bout BODOH..so..sebodoh mana pon kita nie..jgn tunjuk kt orang lain yg kita ni bodoh...ryte?then..dont ever buat mcm gmbr yang NSA nk share nie ok..pleaseeeeee la..

Kejamnya ada design tmpat lap kaki mcm nie..haih..tak mou tetamu kot..so kepada mana2 pakcik n makcik yg rumah dia banyak tetamu tue kan..jgn la letak cam nie..sbb seorang tetamu datang rumah kita, bila tetamu tue balik, dia akan bawa 1 dosa kita keluar dari rumah..alhamdulillah....

What a Looser~NSA tak tou nk describe mcm mna ttg gmbr nie..hishh~~bodoh teruk sngat!

Kanser Melanoma

Melanoma atau kanser kulit ini berpunca dari pergerakan sel kulit yang terhasil dipanggil melanocytes. Pergerakannya menjadi terlalu aktif dan diluar kawalan serta berlaku disekitar tisu kulit. Melanoma adalah antara beribu2 jenis kanser yang menyerang kulit dan sangat berbahaya. Walaubagaimanapun, melanoma masih boleh diselamatkan sekiranya dapat dikesan diperingkat awal.

Di dalam kecanggihan bidang perubatan sekarang, segalanya dapat dikesan awal dan sistem badan dapat dipulihkan semula. Diperingkat kritikal, kanser kulit akan menyerang ke organ2 lain dalam badan dan juga tulang melalui peredaran darah. Pada peringkat ini, pesakit akan mengalami kesan yang dasyat dan berkemungkinan akan menyebabkan kematian.

Penyebab utama Kanser Melanoma adalah pendedahan dengan Sinar UV sama ada Lampu UV Buatan atau Cahaya Matahari (ultraviolet) diantara jam 10 pagi hingga 3 petang. Genetik juga merupakan salah satu punca melanoma.

Segalanya berkemungkinan...

Petikan dari Kosmo :

WASHINGTON - Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA), Amerika Syarikat (AS) menimbang untuk meningkatkan amaran bahawa katil untuk menggelapkan kulit yang menggunakan Lampu UV yang digunakan jutaan rakyat Amerika Syarikat (AS) boleh meningkatkan risiko mendapat penyakit kanser.Semakin ramai saintis yang berpendapat bahawa alat berkenaan boleh menyebabkan penggunanya mendapat kanser kulit termasuk melanoma.

Seorang mangsa katil penggelap kulit, Katie Donnar, 18, tidak mengendahkan amaran tersebut sebelum ini. Pada tahun lalu, dia mendapati kakinya diserang melanoma semasa melakukan persiapan untuk menyertai pertandingan ratu cantik Indiana selepas menggunakan katil tersebut. Gadis itu berkata, walaupun tidak mempunyai bukti kukuh, dia yakin penyakitnya disebabkan katil penggelap kulit setelah kerap menggunakan alat itu sejak awal remaja lagi sebelum diserang barah.

DONNAR yang duduk di depan sebuah katil
untuk menggelapkan kulit menunjukkan parut diserang
kanser melanoma di kaki kirinya di Vincennes, Indiana
pada 14 Januari lalu

Wednesday, April 21, 2010

Lampu UV Buatan

Lampu UV Buatan..


Lampu ni warna biru..cantik..
Huhu..favourite colour NSA plak tue..
Pelik ka NSA buat topik ttg lampu??
Lampu UV ni digunakan dalam kehidupan seharian jugak..
Sebagai contoh...untuk dalam akuarium ikan...

Dan utk make sure duit palsu or asli kan..

Tapi.............
Bukan apa..untuk share dgn kalian ja..
Dua hari lepas, NSA tolong kawan..
Nani (bukan nama sebenar)..buat produk untuk final project..
Dipendekkan crita, produk tu ada Lampu UV..
Semalam, bila NSA jumpa Nani..
Ish ish ish..badan dia dah merah2..sana sini sinun..
Dia ckp tak gatal apa pon..tapi pedih ja..
Bila dia siap2 nk p kelas..Nani nk pakai contact lens..
Bila pkai..dia nangis2..rupanya bukan nangis..
Mata dia terlampau pedih sampaikan air mata tue mengalir
Mcam air hujan dari bumbung rumah turun bawah tanah..(ok NSA over)
So..dia tak bleh pakai contact lens..kesian la..
So..NSA decide utk search risiko dengan Lampu UV Buatan..

  • boleh menyebabkan kanser kulit dan mata..kanser melanoma adalah kanser yang paling bahaya

  • pendedahan lampu uv secara terus kepada mata boleh menyebabkan cataract dan buta

  • boleh menyebabkan premature ageing @ proses penuaan yang berlaku lebih cepat dengan tempoh asalnya
So..berjaga2 dgn Lampu UV buatan ok..Jauhi Lampu UV yang berkuasa tinggi tou...
Ok..next post, NSA akan cerita dgn lebih details ttg Kanser Melanoma..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...