Tuesday, March 23, 2010

Jerangkung Hidup

ANOREKSIA NERVOSA


Gejala Fizikal
Badan yang sngat kurus, bilangan darah abnormal, tidak bermaya, sentiasa pening/pitam, kuku rapuh, rambut sedikit/pecah/bercabang/gugur, bulu roma yang halus pada seluruh badan, tidak datang haid, sembelit, kulit kering, tidak tahan sejuk, rentak jantung tidak tetap, tekanan darah rendah, dehidrasi/tubuh kurang air, osteoporosis

Gejala Emosi
Tidak mahu makan, menafikan rasa lapar, bersenam keterluan, tidak beremosi, sukar menumpukan perhatian, terlalu leka dengan makanan

Gejala yang memerlukan rawatan

  • terus mengurangkan amaun makanan walaupun sngat kurus, tinggal kulit dan tulang shaja

  • walaupun telah mencapai berat badan yang diidamkan, tetapi masih berusaha untuk menurunkan lagi

  • sentiasa tidak puas hati dengan penampilan diri walaupun berjaya menguruskan berat badannya

  • lebih suka mengurangkan berat badan secara bersendirian berbading dalam satu kumpulan

  • hilang kitaran haid

  • mengambil makanan dengan jumlah yang amat sedikit

  • bersenam secara melampau

  • kemurungan dalam masa yang panjang

  • sengaja mengeluarkan makanan menggunakan jari menerusi mulut supaya memuntahkan semua makanan yang telah dimakan
Kesimpulan
Sindrom yang membuatkan seseorang terlalu taksub untuk mengurangkan berat badan sedangkan dirinya sudah kurus










P/S : Ingat!! Anoreksia Nervosa boleh meragut nyawa sekiranya dibiarkan berlarutan. Pecegahan adalah baik daripada rawatan, sebelum berlakunya sebarang tragedi yang memilukan.

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...