- Doa wanita lebih termakbul daripada doa lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat. Rasullullah s.a.w. pernah menjawab, "Ibu lebih penyayang daripada ayah dan doa orang2 yang penyayang tidak akan disia-sia".
- Wanita solehah lebih baik dari 1000 lelaki soleh.
- Barang siapa menggembirakan anak perempuannya, darjatnya ibarat seperti orang yang sentiasa takut kepada Allah s.w.t. dan akan diharamkan api neraka keatas tubuhnya.
- Barang siapa membawa hadiah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada lelaki. Barang siapa yang menyukai akan anak perempuan, seolah2 dia memerdekakan anak Nabi Ismail a.s.
- Wanita yang tinggal bersama anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah s.a.w.) di dalam syurga kelak.
- Barang siapa yang mempunyai 3 anak perempuan atau 2 saudara perempuan, lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan bersama mereka dengan penuh rasa taqwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.
- Dari Aisyah r.a., "Barang siapa yang diuji dengan sesuatu dari anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya api neraka".
- Syurga di bawah telapak kaki ibu.
- Apabila dipanggil oleh kedua ibubapamu, sahutlah panggilan ibumu terlebih dahulu.
- Wanita yang taat kepada ibunya, semua ikan2 di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari di bulan, semuanya akan beristigfar padanya selama dia taat kepada suami dan menjaga sembayang serta puasa.
- Wanita yang berkhidmat kepada suaminya akan tertutup pintu2 neraka dan terbuka pintu2 syurga. Masuklah dari manapun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
- Aisyah r.a. berkata, "Aku bertanya pada Rasulullah s.a.w. siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?". Lalu baginda menjawab, "Suaminya". "Siapa pula berhak terhadap lelaki?". Jawab baginda lagi, "Ibunya".
- Perempuan yang menunaikan solat 5 waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatan serta taat pada suami, masuklah dia dari mana2 pintu syurga yang dikehendakinya.
- Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga lebih dahulu dari suaminya (10, 000 tahun).
- Apabila perempuan mengandung janin dalam rahimnya, maka beristigfar para malaikat untuknya. Allah s.w.t. mencatatkan baginyaa setiap hari dengan 1000 kebaikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.
- Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan-Nya.
- Apabila seorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dosa2 seperti keadaan ibunya melahirkan dirinya.
- Apa telah lahir seorang bayi lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan dari susunya diberi satu kebajikan.
- Apabila semalamam ibu tidak tidur dan memelihara anaknyya yang sakit, Allah s.w.t. memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah s.w.t.
Thursday, March 4, 2010
Rahsia Seorang Wanita...
Berbahagialah menjadi wanita kerana diberi keistimewaan yang tak terhingga oleh Allah s.w.t.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment