Setiap orang tentu pernah alami suatu masalah dan bahkan ada yang sampai mengalami stress, sebenarnya stress dalam kehidupan seseorang merupakan hal yang baik, namun akan menimbulkan masalah bila stress itu berlebihan. Kita boleh mencuba tips berikut ini untuk membantu kita menjalani kehidupan dengan fikiran sihat.
- Berikan tidur yang cukup dan teratur. Waktu istirahat yang cukup dapat memberi kesegaran dan membuat kita lebih energik.
- Lakukan senaman secara teratur, hilangkan ketegangan dengan melakukan aktiviti positif antara lain bersukan seperti bermain tenis, jogging, jalan kaki
- Cintailah diri anda, maafkan kesalahan anda dan perhatikan keinginan diri anda.
- Belajar dan berlatih untuk tenang, seperti menarik nafas panjang.
- Kekalkan diet/makan yang seimbang dan teratur.
- Belajarlah untuk menerima apa yang tidak mungkin dapat diubah oleh manusia.
- Kerja dan selesaikan masalah anda satu persatu, berikan tumpuan untuk menyelesaikannya.
- Cubalah sesuatu yang baru, misalnya makan ditempat yang baru atau mengunjungi tempat-tempat yang bersuasana baru bagi anda.
- Luangkan waktu untuk diri sendiri. Cari waktu dan tempat yang diinginkan untuk mencari ketenangan secara bersendirian.
- Ungkapkan masalah, kongsi masalah anda dengan teman dekat atau kaunselor. Orang lain mungkin dapat melihat masalah anda dari sudut yang berbeza dan dapat menyarankan jalan penyelesaian yang tepat.
- Belajarlah untuk lebih rileks, dengan meluangkan waktu untuk melakukan sesuatu yang anda sukai. Kerana jika sesuatu dilakukan kerana anda sukai, maka hasilnya lebih bagus daripada anda melakukan sesuatu kerana terpaksa.
- Hindari penggunaan darah atau alkohol sebagai alat untuk menghilangkan stress anda, keduanya tidak akan menyelesaikan masalah penyebab stress anda melainkan hanya akan menjadi masalah/stress baru bagi anda.
No comments:
Post a Comment