Tuesday, June 29, 2010

Si Akob

Akob begitu asyik menonton perlawanan bola sepak di depan kaca TV. Tiba-tiba isterinya terus masuk,
"Bang, lampu di halaman depan dah terbakar, tolong ganti baru yer".
"Pasang lampu??!! Awak ingat saya ni TNB ke?!!" jawab Akob.
"Kalau abang tak mau tukar lampu, abang tolong betulkan paip air sebab airnya dah tak boleh keluar", minta isteri Akob lagi.
"Betulkan paip?? Awak ingat saya ni Jabatan Bekalan Air ke?!" jawab Akob mengelak.
"Kalau semuanya abang tak mau buat, tak apa lah, tapi kalau abang ke kedai nanti jangan lupa tolong belikan saya gas memasak sebab rumah kita dah tak da gas", kata isteri Akob lagi.
"Minta maaf la bnyak2..saya bukan kerja ka Petronas", jawab Akob sinis.

Merasakan isterinya menggangu, Akob terus keluar dari rumah untuk menonton perlawan bola bersama kawannya di luar. Kira-kira jam 2 pagi, Akob pun pulang ke rumah. Akob menjadi hairan apabila mendapati lampu di halaman terang benderang. Akob terus ke bilik air, dia sekali lagi terkejut kerana paip air tiada masalah lagi. Apabila dia ke dapur, tong gas juga penuh.

Pada keesokan pagi, Akob bertanya pada isterinya,
"Awak minta tolong siapa?"
"Begini bang. Setelah abang keluar dari rumah semalam, saya menangis di halaman rumah. Tiba2 ada seorang lelaki yang sedang melintas di depan rumah kita, bertanya kenapa saya menangis. Saya ceritakan segalanya. Dengan rela hati dia sedia menolong saya tetapi dengan bersyarat".
"Apa syaratnya??" tanya Akob dengan tangkas
"Syaratnya, saya perlu memilih sama ada buatkan dia roti atau tidur dengannya sebagai upah".
"Jadi awak buat roti apa untuk dia?"
"Hah..buat roti apa plak...awak ingat saya nie Kedai Roti ka?????"....

5 comments:

alinac lover said...

heheh..btol2~

RynSenGaL said...

terbaaaaeeekkk lah beb......

Wawan3y. said...

haha bongokk

dottwin.com said...

ya Allah hindarkan lah diri ku dari bencana seperti ini! adeh..

raina said...

owh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...