Sejarah awal Sungai Petani (tajuk mcm dlm buku teks sejarah ja)
Dari segi kedudukan, Sungai Petani merupakan sebuah bandar yang agak strategik kerana terletak di tengah2 negeri Kedah. Pada umumnya, Sg. Petani terletak di kawasan lembah Sungai Merbok dan dilindungi oleh Gunung Jerai di sebelah utaranya. Adalah dipercayai bahawa sebelum kedatangan Inggeris ke Kedah pada tahun 1909, jalan air merupakan sistem perhubungan yang paling penting di Sg. Petani.
Sg. Petani dikatakan dibuka oleh orang Patani dari Selatan Siam. Pembukaan tersebut pada mulanya adalah untuk melarikan diri daripada serangan Siam selepas satu perang yang dikenali sebagai 'Perang Musuh Bisik' di antara orang2 Melayu Patani dengan orang2 Siam. Akibat dariapda kekalahan di dalam perang tersebut, orang2 Melayu Patani terpaksa melarikan diti melalui jalan laut sehingga mereka sampai ke muara Sungai Merbok lalu mudik melaluinya. Mereka akhirnya sampai di Sg. Petani dan membuka penempatan.
Terdapat beberapa pendapat bagaimana Sg. Petani mendapat namanya. Yang pertama, dikatakan kesan daripada perkembangan orang Melayu Patani yang membawa kepada kegiatan perdangan. Jadi, para pedagang menamakan sungai tersebut sebagai Sg. Petani. Yang kedua, ada juga pendapat menyatakan Sg. Petani mendapat nama dari kedudukan dua batang sungai yang berselari dan saling bertanding. Dua sungai ini ialah Sg. Bertanding dan Sg. Bumbung Lima. Nama Sungai Bertanding kemudian dikatakan diubah sebutannya menjadi Sungai Petani oleh Inggeris kerana mereka merasakan sukar untuk menyebut Sungai Bertanding.
PETA LOKASI : SUNGAI PETANI
MERCU TANDA SUNGAI PETANI : MENARA JAM BESAR
P/S : Berbanggalah wahai rakyat Sungai Petani sekalian..:)
2 comments:
saya anak jati sungai petani..
memang bangga jadi anak jati sungai petani..
sungai petani is the best!! :)
btol btol..SP is the best township ever..
Post a Comment