Friday, April 23, 2010

Kanser Melanoma

Melanoma atau kanser kulit ini berpunca dari pergerakan sel kulit yang terhasil dipanggil melanocytes. Pergerakannya menjadi terlalu aktif dan diluar kawalan serta berlaku disekitar tisu kulit. Melanoma adalah antara beribu2 jenis kanser yang menyerang kulit dan sangat berbahaya. Walaubagaimanapun, melanoma masih boleh diselamatkan sekiranya dapat dikesan diperingkat awal.

Di dalam kecanggihan bidang perubatan sekarang, segalanya dapat dikesan awal dan sistem badan dapat dipulihkan semula. Diperingkat kritikal, kanser kulit akan menyerang ke organ2 lain dalam badan dan juga tulang melalui peredaran darah. Pada peringkat ini, pesakit akan mengalami kesan yang dasyat dan berkemungkinan akan menyebabkan kematian.

Penyebab utama Kanser Melanoma adalah pendedahan dengan Sinar UV sama ada Lampu UV Buatan atau Cahaya Matahari (ultraviolet) diantara jam 10 pagi hingga 3 petang. Genetik juga merupakan salah satu punca melanoma.

Segalanya berkemungkinan...

Petikan dari Kosmo :

WASHINGTON - Pentadbiran Makanan dan Ubat-Ubatan (FDA), Amerika Syarikat (AS) menimbang untuk meningkatkan amaran bahawa katil untuk menggelapkan kulit yang menggunakan Lampu UV yang digunakan jutaan rakyat Amerika Syarikat (AS) boleh meningkatkan risiko mendapat penyakit kanser.Semakin ramai saintis yang berpendapat bahawa alat berkenaan boleh menyebabkan penggunanya mendapat kanser kulit termasuk melanoma.

Seorang mangsa katil penggelap kulit, Katie Donnar, 18, tidak mengendahkan amaran tersebut sebelum ini. Pada tahun lalu, dia mendapati kakinya diserang melanoma semasa melakukan persiapan untuk menyertai pertandingan ratu cantik Indiana selepas menggunakan katil tersebut. Gadis itu berkata, walaupun tidak mempunyai bukti kukuh, dia yakin penyakitnya disebabkan katil penggelap kulit setelah kerap menggunakan alat itu sejak awal remaja lagi sebelum diserang barah.

DONNAR yang duduk di depan sebuah katil
untuk menggelapkan kulit menunjukkan parut diserang
kanser melanoma di kaki kirinya di Vincennes, Indiana
pada 14 Januari lalu

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...