Sunday, May 9, 2010

Underground

Sebelum NSA cita banyak, jom kita fahamkan dulu apa yang disebut underground. Gerakan underground ini sangat luas rangkumannya. Sekelompok pemuzik yang membuat sendiri segala kerja penciptaan, rakaman, penerbitan & pengedaran apa yang mereka mainkan itu, berada dalam kelompok underground, tak kiralah muzik yang mereka mainkan tu bunyinya Metal, Reggae, Hip-hop, Jazz malahan Keroncong sekalipun, tak kira. Begitu juga mereka yang menggerakkan teater, lukisan, komik @ apa saja lagi yang tidak dibantu oleh badan-badan, syarikat-syarikat @ individu lain itu juga ditakrifkan sebagai underground. Perkataan underground itu, boleh menjadi hak milik satu-satu jenis muzik, teater, serbuk kari, cerpen, tanam-tanaman, selipar Jepun ataupun individu. Underground ialah cara, sikap, idea & ceritanya, cukup-cukup panjang.

Setiap perubahan besar yang pernah berlaku kat muka bumi ni, bermula dari kelompok kecil yang mempunyai idea, dikongsi beberapa orang yang juga berfikiran serupa. la tidak dihebahkan, tidak popular & malah mungkin, tidak diketahui kewujudannya oleh manusia, kambing atau juga beruk. Hanya sebilangan orang shaja yang tau. Lama-kelamaan, ia berkembang, menukar apa yang ada lalu menjadi popular & diterima semua. Pakaian, muzik, politik, malah hampir apa saja berubah mengikut prinsip ini.

Sebut underground, benda stereotype yang diproses kat kepala otak ialah muzik berat oleh kumpulan-kumpulan muzik yang album diorang tiada kat kedai CD. Itu betul tetapi apa sebenarnya yang dikatakan underground? Kenapa wujudnya underground? Apa cerita dunia underground di Malaysia?

So, lets give them a big clap sebab sekrang mereka dh berjaya naik di Malaysia yang pada asalnya mereka hanya hidup dalam dunia Underground.

GERHANA SKA CINTA

BITTERSWEET

SEVEN COLLAR T-SHIRT

ESTRELLA

P/S : NSA mmg sengaja letak band2 ni semua compare tue Bunkface, Enstraged, Hujan n so on sbb band2 yang NSA sebutkan nie dah meletup Ke Ba BOOM kan..

1 comment:

RaafikJahat said...

i love Seven Collar T-shirt

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...